Jurnal Jahat: Sebarau Kuala Lumpur 2013!

Hye semua! Minggu ini saya memecah kebuntuan saya mencari Sebarau, merata saya pergi memburu sang Sebarau ni. Iyalah, mana taknye sebarau terakhir saya pegang adalah hampir 15 tahun dahulu.. lame sangat tak hanyir Sebarau. Tambah-tambah lagi sekarang sudah masuk bulan ke 3 secara rasmi saya menggunakan set Baitcasting, bila dah ada ‘spirit’ BC ni biasalah, Sebarau adalah ikan wajib!

01

Saya mendapat undangan ke Pahang, untuk mencari sebarau, hampir 5 sungai saya gagahkan dia sekitar Kuala Krau  namun hambar, Sebarau di Kuala Krau masih malu-malu walaupun saya bersama 3 lagi rakan yang diakui berpengalaman dengan BC, mereka mereka ini adalah guru-guru saya buat masa ini, terima kasih Apit, Zaini dan Nabil. Trip Kuala Krau ini ‘Kumpau’ sepenuhnya, nasib baik trip ini lebih kearah trip ‘recce’ dan kami akan kembali sudah pasti. Sepatutnya ejen insuran perlu buat coverage untuk ‘kumpau’ boleh la kami claim tiap-tiap kali kumpau hehehehe.

02

Apa sahaja untuk sang Sebarau.

Okeh, beberapa hari selepas trip Kuala Krau, saya dan rakan pancingan lain ke Empangan Kuala Kubu Baru pula, pencarian Sebarau ini menjadi regular hampir setiap hujung minggu.Juga hambar, walaupun kunjungan rakan sebelum ini berhasil, Sebarau kasar kasar pula tu. Tak ada rezeki mungkin, nak kata culas tak pulak, sebaraunya menghentam ada yang tak lekat, ada yang memecut ke reba, putus begitu sahaja. Yang pasti, Kuala Kubu Baru memang berpontensi  mendaratkan Sebarau bersaiz kasar, anda hanya perlu ‘tune’ in masa dan tempat khasnya sahaja ini kerana lapang pancingan Sebarau di KKB amat terhad (dari segi masa dan tempat killernya).

03

Hasilnya memuaskan bila kena tempat dan masanya,inilah Sebarau KKB.-Muaz.

Okeh, penutup untuk jurnal kali ini ada sedikit kejutan. Ya, akhirnya saya berhasil mendaratkan Sebarau.Jangan tertawakan saya dengan saiznya kerana anda perlu terkejut,Sebarau yang saya daratkan ini lokasinya hanya di Kuala Lumpur. Sebarau Kota Metropolitan juga akhirnya yang sudi menyambar gewang yang dipersembahkan. Lokasinya hanya di belakang rumah Pitt, seorang rakan pemancing yang aktif. Pitt tidak mengetahuinya sebelum ini dan terus mengajak saya mencuba setelah saya menceritakan ‘sejarah’ lokasi tersebut. Saya agak ragu-ragu untuk mencuba pada awalnya memandangkan kali terakhir saya memancing di situ ialah 15 tahun sudah, dengan lokasinya yang sangat terdedah dengan bahaya geografi ,saya jangka lokasi tersebut pasti sangat banyak berubah.

04

Pit dengan Sebarau pertama.

Setelah depersetujui , kami mendaki ke lokasi bersama dua lagi rakan pancingan , memang mencanak bukit yang pertama hampir 80 darjah ditambah tempat yang terbuka, matahari  terpacak di atas kepala namun kami gagahkan jua, sekali lagi demi Sebarau. Jam menunjukan jam 5.00 petang dan kami mempunyai masa 2 jam untuk mencuba. Sampai di lokasi , jangkaan saya tepat, geografinya sudah sangat banyak berubah daripada imej ‘mini kenyir’ berubah menjadi teh ais. Tak banyak cakap, masing-masing membaling gewang dan kami menunggu tidak lama walaupun masih ragu-ragu dengan kualiti air. Fikiran segera berubah menjadi positif apabila pit mendaratkan Sebarau pertama lantas menaikkan semangat yang lain untuk casting padu tanpa henti. Letupan kedua di permukaan, gewang Pitt juga.

05

Pit lagi dengan sebarau ke 2 ,gewang pencil Lucky Craft Gunfish pit memang tidak mengecewakan.

Pit mendaratkan 2 ekor ikan manakala saya seekor sebagai penutup ketika kami betul-betul nak beransur pulang memandangkan hari sudah gelap (sayapun dah semakin gelap..hehehe). Kami perlu turun secepat mungkin memandangkan perjalanan turun agak jauh. Tenyata lokasi yang terlupakan ini masih berpotensi, bayangkan jika airnya tak keruh dek hujan! Kuala Lumpur, jangan di pandang ringan Sebarau menyelinap di celah pembangunan.

06

Semua sibuk berpencil , Sebarau penutup ni sebaliknya didaratkan dengan Storm Flutterstick.

Sekian jurnal saya untuk minggu yang memenatkan ini, hasrat saya setidak tidaknya sudah tercapai walaupun tidak mencapai target sebenar, saya sudah cukup puas hati (buat masa ni, hehe). Sebarau oh sebarau….. jumpa lagi di entri akan datang!

Oleh: Eizzat Jahat

E-mail: eztjht@gmail.com

Advertisements

One thought on “Jurnal Jahat: Sebarau Kuala Lumpur 2013!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s