Jurnal Jahat: Pancingan Kombat Taman Larangan

Hye smua! Sorry la lama tak update,ini bermaksud saya bangau sehinggalah jurnal terbaru ini ditulis! Heheheh.Baik , terjahan kombat ni di “Taman Larangan” sekitar Serdang.Maaflah, saya tak dapat mendedahkan lokasi kali ini , kerana ianya tidak seperti Tasik Mines , walaupun larangan namun masih longgar untuk diterjah. Namun saya rasa, untuk para pemancing tegar, mereka pasti tahu akan lokasi ini dan pasti ada dalam senarai “hotspot” mereka.

Saya sampai di lokasi sekitar jam 7.30 pagi, di ketika semua rakyat Malaysia keluar mengundi. Saya mengambil kesempatan ini untuk kombat, dan ternyata pertaruhan saya berhasil, lokasi sunyi tiada pengunjung, dan ini memudahkan saya casting dengan tenang.

Dann……..ikan pertama pun mendarat..

001

Gewang favourite yang saya guna selalunya Halco Sorcerer 5cm bewarna silver, namun harini tak berhasil. Jadi saya tukar ke gewang minnow Duel Hardcore, skema warna emas dan silver, hasilnya seekor Peacock Bass dianggarkan seberat 700gm.

002

Seterusnya , saya tukar pelbagai lagi jenis gewang termasuk popper dan pencil, namun tidak berhasil. Kelihatan aktiviti permukaan yang sangat memberangsangkan dan konsisten, tapi balingan demi balingan gewang tidak bersambut.

Akibatnya, saya kembali me”minnow”, kali ini dengan gewang murah, Bakau berkepala merah, berbadan putih, skema warna yang cukup popular. Dan hasilnyaa….

003

Ketutu sebesar ini,dianggarkan seberat 600-700 gram. Balingan saya bersambut peacock bass bersaiz junior pada mulanya, namun terlepas selepas beliau melakukan aksi akrobatik, dan beberapa saat selepas PB tersebut terlepas , saya mengarau gewang dan bersambut pulak makhluk unik ni. Perlawanan dengan ikan ketutu bersaiz ini, seperti mengarau daun kering yang tersangkut di mata gewang, tidak lah menggetarkan, namun ia tetap menghiburkan.

004

 

Ketutu ini delepaskan kembali setelah sesi bergambar, namun Peacock Bass tersebut akan selamat dikualikan esok hari. Cukuplah,jam menunjukkan 10.30 pagi ,saya berpuas hati dengan 2 tangkapan ni kerana bangau teruk di bulan sudah, ini pembukaan baik untuk Bulan May. Saya pulang dengan besar hati dan tersenyum, walaupun tidak mengundi. No voting no cry, jumpa lagi di entri akan datang!

Oleh : Eizzat Jahat

Emel : Eztjht@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s