Jurnal Jahat

Eizzat Jht 1

“…pancingan yang hebat bukanlah segala galanya.Ianya banyak berkisarkan pencarian spot-spot atau lapangan pancing,menikmati panoramanya,samaada yang banyak ikan,ataupun mungkin tak ada ikan langsung! Ini bagi saya unik,kerana bagi saya kita tidak perlulah di’suapkan’ setiap masa dengan lapangan pancing yang sememangnya terkenal untuk kita cuba…”

– E. Jahat –

Proud recipient of the degree certificate. A fine "lampamologist" he will be.

Hello semua!

Saya pasti ada yang tertanya-tanya kenapa jurnal ini dinamakan Jurnal Jahat.Ok, sebenarnya ini bukanlah jurnal berkisarkan benda-benda ataupun perangai yang jahat , cumanya ini adalah ‘nickname’ saya sebagai penulis dan ini pertama kali saya menulis untuk FISHMALAYSIA.

Ya, nama saya Eizzat dan nickname saya dalam penulisan dan dunia internet adalah ‘Eizzat Jahat’, ini termasuklah di facebook , dan blog-blog yang lain.Saya ada juga ada menulis untuk group outdoor dan blog berbasikal. Saya akan menulis di blog ini sekerap mungkin, mungkin sehari sekali, atau seminggu 3 kali, atau sebulan 2 kali, bergantung pada keadaan.

20130309_161859

Sebagai pemancing tidak professional juga (saya bukan pemancing sepenuh masa, walaupun saya berharap sedemikian), saya telah dijemput untuk menulis oleh tuan punya blog memancing yang sedang meningkat naik ini iaitu tuan SK ,atau ada yang mengenalinya dengan panggilan Bard Candy. Dalam banyak-banyak bacaan tentang pancing secara am nya, saya tertarik dengan pendekatan blog FISHMALAYSIA ini kerana keunikannya. Kalau anda tertanya – tanya apa keunikan nya,biar saya bagi pembayangnya…

Rata-rata penulisan pancing secara komersial ataupun independent biasanya kita sudah tahu ‘permainan’ atau ‘isi’ nya, berbalik-balik pancingan hebat oleh group group hebat tersebut. Itu bukanlah sesuatu yang tidak sihat cuma, wujudnya FISHMALAYSIA kerana pancingan yang hebat bukanlah segala galanya.

Ianya banyak berkisarkan pencarian spot-spot atau lapangan pancing, menikmati panoramanya, samaada yang banyak ikan, ataupun mungkin tak ada ikan langsung! Ini bagi saya unik, kerana bagi saya kita tidak perlulah di’suapkan’ setiap masa dengan lapangan pancing yang sememangnya terkenal untuk kita cuba, kita perlu juga mencuba spot-spot, menjelajah, dan menikmati sendiri pengembaraan dalam pencarian ikan yang dikehendaki. Bagi saya itu lebih mendatangkan kepuasan, dan jika kita  memperoleh kejayaan memancing di spot-spot yang baru kita terjah itu, ianya adalah satu bonus!. Dan FISHMALAYSIA kebanyakan berkisarkan tentang jelajah-jelajah dan report mengenai spot-spot ini dan juga serba sedikit mengenai perihal pancing secara am.

Jht 2

Baik,cukup introduksi serba sedikit tentang FISHMALAYSIA dan saya sendiri. Nantikan penulisan saya seterusnya yang sememangnya khusus berbahasa melayu, jangan dambakan jurnal mengenai ikan-ikan yang besar dari saya kerana itu bukan target utama saya. Saya akan membantu editor saya menjelajah dan memancing di segenap port samaada yang terkenal atau tidak dan akan saya tulis mengenainya. Saya mempunyai agenda penulisan saya sendiri di FISHMALAYSIA dan ianya tidak tetap (tema atau ruang lingkup penulisan),dan anda sebagai pembaca diharap akan terus menyokong jurnal FISHMALAYSIA.

Oleh : Eizzat Jahat                                                                                    Emel : eztjht@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s