Jurnal Jahat! / Trip Air Tak Seberapa Kuning ,Perak.

HELLO SEMUA! Ok, Trip paling terlatest dan ternow saya adalah ke Air Tak Seberapa Kuning, Perak. Pelik kan name dia? Hahaha…ok sebenarnya saya sendiri tak tau yang saya dah menjejak kaki ke lombong Air Kuning yang hebat diperkatakan tu, ataupun sebenarnya kami terdampar di antara beratus lombong di sekitar perak! Baik..ceritanya begini..

air Kuning1

Bersama Ebby , pengusaha batik tempatan dan butik 6teas.

Trip ni sudah dirancang lama,tapi macam biasa dilema kaki pancing adalah tarikh dan keberadaan rakan-rakan lain untuk turut sama mengikut trip.. secara laju dan tiba tiba tanpa penyelidikan dan “googling” yang bertali arus kami bertiga terus bergerak ke Ipoh untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakan pancing saya Ebby, mencari barang untuknya berniaga. Jadi secara ringkasnya trip ini bukanlah trip memancing sepenuhnya.. lebih kepada pemerhatian dan coba-cobaan untuk tujuan serangan mutlak, kelak.

Selepas membeli barangan untuk EBBY, kami meneruskan perjalanan, jam sudah 11.30pagi, kiri dan kanan sepanjang jalan lama bermula dari Tanjung Malim hingga ke Ipoh, melalui Behrang, Tronoh , Kampar , Batu Gajah dan pelbagai daerah lain sememangnya di penuhi lombong-lombong dan sungai yang bagaikan memanggil anda untuk mencampak gewang, namun kami terus perjalanan tekad mencari Air Kuning yang terkenal tu, dan setelah hampir satu jam perjalanan dari ipoh….ternampak signboard “Kg.Air Kuning” namun saya yang ketika itu memandu,tekad meneruskan lagi perjalanan berpandukan GPS…terdetik di otak “macam dah terlepas je entrance Air Kuning tadi..”..

Selepas beberapa lagi simpang, ternampak lagi signboard, kali ini hanya tertulis “Air Kuning”.. perjalanan di teruskan berpandukan signboard. Namun tiada kelibat lombong di sepanjang jalan.. BUDI , seorang lagi rakan,menghubungi rakan nya meminta panduan (ketika ini kami berada di Chenderong Balai).. setelah mendapat pedoman dari rakannya yang saya kira juga kurang pasti kedudukan sebenar “Air Kuning” kami akhirnya tiba di lokasi pada jam 1.30 tengahari, sepanjang jalan offroad di kelilingi kebun kelapa sawit dan tiba tiba ..nahhhhhhhhhh…sayup terbentang lombong besar di depan mata..hati berdebar-debar tak sabar melontar gewang.. saya kira inilah Air Kuning yang sebenar (nak sedapkan hati je…)

air kuning 2

Ebby mencuba lagi walaupun saya sudah memberitahunya tiada ikan gelama pisang di dalam lombong ini.

Tanpa cerita banyak masing-masing melontar gewang, ada juga 2 batang joran bottom di bottomkan berumpankan dedak. Setelah enam belas ratus kali membaling , ketika semangat hampir pudar, saya mendapat sambaran, oh ya saya menggunakan gewang faveret saya iaitu Halco Sorcerer skema warna perak selaman sederhana. Rejatan di tangan terasa ketika gewang hampir ke tebing, terasa tuan rumah menyambut di hujung tali .

airkuning3

Budi – Seorang rakan penggemar rokok elektrik Vapor.

 

Mulanya saya ingatkan gewang terlanggar rumpai air yang sememangnya banyak di dasar,tetapi setelah kelibat menghampiri tebing kelihatan warna kegemilangannya…. HIJAU , KUNING BERBELANG HITAM…. yah! ikan target saya menghampiri tebing yang airnya sememangnya jernih, saya menjerit “FISH ON!” kepada rakan lain, namun selepas je jeritan itu, dan selepas beberapa inci saja dari tebing. Peacock Bass tersebut melakukan satu pecutan USAIN BOLT sehingga Berjaya meloloskan diri dari mata kail…. HAMPA! Saya kira PB tu bersaiz remaja-dewasa, kalau manusia umurnya 21 tahun.

Ok ,setelah beberapa kali bertukar gewang, saya mencuba pula soft plastic. Yah, Berkley Powerbait token dari Pure Fishing yang diberi editor saya untuk dicuba, warnanya putih dan bersaiz mikro. Saya padankan dengan jig head awa-shima bewarna pink. Sebenarnya saya belum pernah mencuba apa-apa gewang SP sebelum ni.

airkuning4

Sp Berkley Powerbait dipadankan dengan jig head Awa- Shima

Untunglah..setelah 45ratus kali balingan,SP Berkley bersambut! BINGO! Kali ini saya berhati hati bermain , dan melayan larian ikan,setelah tak sampai 30 saat,pembuli memunculkan diri (ini part yang saya suka di lombong ini kerana airnya sangat jernih!)

PB remaja ini terjerat dengan sp Berkley Powerbait kemudian saya lepaskan kembali ke habitat asalnya.

PB remaja ini terjerat dengan sp Berkley Powerbait kemudian saya lepaskan kembali ke habitat asalnya.

Ok,saya memutuskan untuk menamatkan pancingan setelah BUDI juga mendaratkan ikan, seakan akan jelawat,tapi ekornya bewarna hitam selebar3 jari, panjang tapak tangan , jam pun menadakan sudah lewat dan hari kelihatan mendung. Saya pasti akan kembali! Secara ringkasnya saya gembira dan puas hati kerana…

1.Ini kali pertama mendapat ikan setelah 2 bulan mencuba set baitcaster pertama saya. Biar kecil tangkapan, janji ada sentimental valuenya. (reel bc Banax Big Shot + casting rod Rodford Sidewinder)

2.Kali pertama menggunakan SP dan mendaratkan ini pada cubaan pertama!.

3.Saya sudah menjejaki Air Kuning? (masih perlu di siasat….jika anda rasa saya sudah sampai,beritahu saya!)

Jumpa lagi di entri akan datang!

Oleh :                                                                                                                                                                                                       Emel :

Eizzat Jahat                                                                                                                                                                  eztjht@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s